Tuesday 15 March 2016

Cara Terbaik Untuk Menyimpan Pelapik Periuk Secara Budget

Duduk rumah kondo / apartment / pangsapuri, senang nak urus tapi akan ada satu masalah especially bagi yang menyewa. Ruang penyimpanan!. Ruang rumah yang terhad akan memaksa untuk tenant perlu berfikir dengan lebih kreatif. Dan kerana ini adalah rumah yang disewa, maka idea yang mantap merupakan idea yang mempunyai bajet yang sangat terhad.


Topik untuk post kali ni adalah organizing diy di ruangan dapur. Dapur dan wanita, mana boleh dipisahkan. Dapur tu umpama barang mainan perempuan lagi-lagi yang dah kahwin. Pikat hati suami mestilah daripada perut, betul kan? Reka bentuk rumah Faa terdapat ruangan dapur basah dan dapur kering. Dapur basah Faa berkongsi tempat dengan ruangan dobi. Manakala ruangan dapur kering berkongsi ruangan dengan ruang makan dan ruang tamu (open dry kitchen). Dan dapur kering bersebelahan dengan pintu masuk. Jadi bila ada tetamu, segala 'kekecohan' yang berlaku di dapur kering dapat dilihat oleh setiap tetamu yang datang.


Rumah siapa yang ada design sama macam Faa? Pening juga bila nak organize barang dapur kan? Sebab kita kena sentiasaaa pastikan dapur kita bersih dan kemas dan pada masa yang sama, must be efficiently working in the kitchen dan cara susunan yang sangat mudah nak follow bagi yang bekerja. 


Entry kali ni, Faa cuma fokus pada pelapik periuk. Periuk / bekas panas perlu di alas dengan pelapik periuk untuk menjaga permukaan meja / alas meja itu sendiri. Kebanyakkan antara kita mesti pilih pelapik yang fancy dan akhirnya tak tahu nak letak mana atau sampai satu tahap korang rasa malas nak ambil kisah sebab cara penyimpanan tu buatkan korang perlu tertunduk-tunduk untuk mencapai pelapik periuk. Dah la mahal. Tak efficient pulak. 


Jom, Faa kongsikan pelapik periuk DIY yang obviously murah dan superly efficient dan mestilah kena superly easy untuk maintain dapur teratur even for kids. Kos? Serendah RM3 korang dah boleh dapatkan all that and simplify your life! Hint: Korang pernah terfikir tak nak gunakan kuasa peti ais? 



Bahan-bahan DIY (bajet ciput)
Pisau dapur: FREE
Hot Glue Gun: RM10
1 Glue stick: RM0.50
Magnet Daiso (size besar - 25 pcs): RM5.30 (inc. gst)
Lapik Periuk Ikea (jenis gabus saiz besar - 3 pcs): RM5.50


Modal keseluruhan (3 pcs): RM21.30
Modal bagi 1pcs: RM12.70 (termasuk membeli hot glue gun untuk pertama kali)
Modal bagi 1pcs: RM2.70 (jika dah ada hot glue gun di rumah)


1- Pelapik gabus ni ringan. Gunakan hanya 1 magnet bersaiz besar bagi setiap pelapik dan posisikan magnet dibahagian tengah pelapik.


2- Potong dan keluarkan separuh isi pelapik gabus mengikut size magnet. Sambil tu, test letak magnet didalam. Pastikan magnet dan pelapik pada satu aras yang sama. Jika magnet tersebut terkeluar sedikit daripada pelapik, menyebabkan periuk tidak seimbang apabila diletakkan di atas pelapik tersebut. Jika magnet tersebut terletak jauh di dalam pelapik, berkemungkinan menyebabkan pelapik tersebut sukar dilekatkan di permukaan besi.


3- Finally, gam magnet tersebut dengan hot glue gun. Its done!.



4- Owh, last. Letakkan pelapik atas permukaan peti ais.


Peti ais ni diletakkan di antara ruangan dapur kering dan dapur basah. Jadi bila Faa buat macam ni, rutin harian di dapur tu teratur sangat. Sambil bawa lauk yang panas terus berjalan ke ruangan makan dan grab/snatch je pelapik periuk terus letak di atas meja. Senang. Tak perlu tercari-cari. Tak perlu membongkok. Tak perlu lagi buang masa nak keluarkan pelapik daripada cangkuk. Sebab DIY ni, cuma snatch and used! Senang kan? Untuk menyimpan, hanya letak pelapik di peti ais. Tak perlu nak tekan. Tak perlu nak sangkut. Tak perlu. Walapun tengah mood malas ya amat, dapur tetap teratur. Tu yang best. Untuk tambahan, pelapik gabus ni pun korang boleh pin any notes. 2 in 1. 


Jika korang ada sebarang cadangan atau pandangan dalam meng-organize apa saja, tinggalkan di ruangan komen ye. Boleh la Faa buat topik lain juga untuk organize. Till next time. Bye.

No comments:

Post a Comment